Khamis, 7 April 2011

Bercouple dan lepas tu kahwin?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: "Dr. Hishamuddin Alham" <ahisham2001@yahoo.com>
Sender: Relexjap@yahoogroups.com
Date: Tue, 5 Apr 2011 07:07:34 -0700 (PDT)
To: Relexjap<relexjap@yahoogroups.com>
ReplyTo: Relexjap@yahoogroups.com
Subject: [Relexjap] BDH - Bagaimana pula dengan perkahwinan yang dimulai dengan couple? <bU>

 

Assalamualaikum wrt

Ikutilah soal jawab cinta di sini:

Jangan risau, jika kita sudah terlanjur macamana sekalipun � pintu taubat Allah
sentiasa terbuka. Terus bertaubat, ubah pendirian kita dan memohon do� banyak-banyak agar Allah merestui perkahwinan kita itu tadi yang telah dimulai dengan ber coupling ....

Dr Hishamuddin Alham
http://johor.ikram.org.my/v4/

===================================================================

Saya menerima lebih dari 20 soalan rentetan dari Dialog Cinta anjuran Kelab IQRA' baru-baru ini. Saya mulakan dengan 3 soalan di bawah ini. Jika yang bertanya agak kurang berpuas hati, boleh ajukan lagi soalan dengan mengisi borang di bawah atau email secara peribadi kepada saya di ahisham2001@yahoo.com

1. Apakah yang patut dilakukan bagi orang yang baru mendapat kesedaran couple sedangkan dia sedang bercouple?
2. Bagaimana cara terbaik untuk memutuskan hubungan couple yg telah lama dijalankan. Kerana sedar akan ketidak berkatannya?
3. Bagaimana pula dengan perkahwinan yang dimulai dengan couple? Sedangkan perkahwinan itu kekal hingga ke anak cucu, adakah itu dikira berkat, sedangkan hubungan itu tadi dimulai dengan tidak ikut syariat?

Assalamualaikum wrt
Terima kasih kerana bertanya. Saya berlindung dari Allah swt agar jawapan yang saya beri ini selari dengan kehendak Allah swt dan bukan dorongan nafsu semata-mata dan semoga jawapan ini bersesuaian dengan kehendak yang bertanya dan dapat dimanafaati dalam kehidupan harian.
Salah satu syarat taubat ialah kita meninggalkan apa yang selama ini kita buat yang tidak selari dengan kehendak syariat. Walaupun pada pandangan singkat kita ia membawa kesengsaraan � tetapi yakinilah apa jua kesengsaraan yang kita harungi dalam mematuhi kehendak Allah swt akan diganjari oleh Nya. Dan yakinilah kesengsaraan itu sebenarnya adalah berupa kesengsaraan yang sementara dan yakinilah Allah akan mengurniakan ketenangan di akhirnya nanti.

Katakanlah kita sudah ada sesaorang yang selama ini kita asyik ber�couple�. Apakah tindakan kita seterusnya. Kita berterus terang dengan beliau bahawa jika ingin juga menjadi pasangan tetap � maka fahamkan kepada beliau bahawa jalan yang paling baik ialah masuk meminang. Fahamkan padanya bahawa perbuatan ber coupling selama ini itu adalah bersalahan dengan syara�. Jika pasangan kita itu enggan untuk mematuhi syara� � YAKINILAH �. YAKINILAH dia bukan layak dijadikan pasangan hidup yang akan membawa kebahgiaan�. tetapi pasangan hidup yang akan mengheret kita ke neraka.

Tetapi jika masing-masing telah sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan � pintu taubat Allah swt sentiasa terbuka. Masing-masing bersembahyang istikharah dan jika rasa di hati agak sedap, suruh si lelaki masuk meminang. Jika dia enggan � kerana hendak cuba-cuba dulu, hendak test test dulu � YAKINILAH� YAKINILAH dia bukan layak menjadi pasangan hidup yang membawa kebahgiaan.

Jika selepas istikharah � dua-dua rasa OK, masuk meminang. Jika takut meminang � takut-takut keluarga tak terima kerana sedang belajar, masing-masing cuba risik keluarga masing-masing dulu agar mereka faham situasi yang berlaku. Jika OK � teruskan meminang. Jika tidak � banyak banyak bersabar dan jaga hubungan dan banyakkan berpuasa. Kesabaran kita itu akan diganjari nanti. Jika OK � sudah boleh meminang � pun kena jaga batas-batas hubungan. Jangan terus menerus menghampiri zina dengan ber sms dan ber facebook � kononnya sudah bertunang. Ini adalah tipu daya syaitan terkutuk.

Jangan risau, jika kita sudah terlanjur macamana sekalipun � pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Terus bertaubat, ubah pendirian kita dan memohon do�a banyak-banyak agar Allah merestui perkahwinan kita itu tadi yang telah dimulai dengan ber coupling. Tapi kalau kita dah tahu coupling itu salah dan berniat nanti bila dah kahwin kita akan bertaubat � itu tipu tuhan namanya tu. Mana tahu, mungkin kita akan mati ketika dalam usaha ber coupling tak sempat nak bertaubat. Oleh itu bertaubatlah SEKARANG dan harapkan rahmat dari Allah swt. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Kalau kita cerita berkenaan dengan anak cucu - ini mungkin kita merujuk kepada orang dulu-dulu. Jika mereka tidak ada pendedahan berkenaan halal haram - wallahu'alam mungkin Allah telah mengampunkan mereka. Mungkin juga mereka telah bertaubat dan Allah berkati kehidupan mereka. Lagipun jika dulu dulu coupling tidak sehebat apa yang berlaku sekarang ini.

Bagi kita yang sudah sedar dan hidup di zaman era yang cukup jauh menyimpang dari Islam - jika kita teruskan juga memang tidak berkat. Ukuran berkat sebenarnya di ukur dari neraca Allah. Cernaan tidak berkat nampak juga sekarang ini jika dilihat peratus penceraian cukup tinggi. Pernah di Johor dari 10 yang berkahwin 4 bercerai. Katakanlah kita lihat mereka tersenyum riang, duit banyak, anak takde masalah, kekal sehingga ke anak cucu - itu tidak menjadi ukuran berkat, jika mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat. Dalam Islam itu dinamakan Istidraj. Macamlah perompak yang selamat dari ditangkap, hidup sihat wal afiat, anak comel comel .... tidak bertaubat kemudian meninggal dunia... jangan lupa azab di akhirat kelak!!!!

Wallahu�alam
Dr Hishamuddin Alham

__._,_.___
Recent Activity:
********************************************************************
     Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
       RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia.

  Mudah saja untuk menjadi ahli, hantarkan emel kosong ke:
           Relexjap-subscribe@yahoogroups.com
     Reply emel dari yahoogroups untuk confirmation.
Berhenti sementara menerima emel: Relexjap-nomail@yahoogroups.com
  Untuk Menerima kembali emel: Relexjap-normal@yahoogroups.com
   Kepada yang mempunyai ID yahoo,sila layari laman web :
        http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/
Guna ID tersebut untuk menjadi ahli dan menukar berbagai setting.

  Relexjap bersama kami,...dan anda akan memahami maksudnya!!
====================================================================
Disclaimer:-
Relexjap grup tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di Relexjap tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik, kakitangan
dan Barisan Pentadbir Relexjap melainkan jika dinyatakan sedemikian.
********************************************************************
.

__,_._,___

Tiada ulasan: