Ahad, 27 Februari 2011

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah



Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah
Photobucket
selatanonline

Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!"

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

"Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja." Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, "Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur" Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenaranya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua./B104

Posted by tok_aji

Batasan bersahabat dengan lelaki bagi seorang isteri

Photobucket


Batasan bersahabat dengan lelaki bagi seorang isteri


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Sebaik status diri berubah dari bujang bergelar suami mahupun iseri, maka ada banyak perkara yang perlu dijaga. Ðari aspek tanggungjawab, ia sudah tentu tergalas di bahu sebaik sahaja akad-nikah disahkan oleh saksi dan kadi. Tugas menjaga, menyara dan menguruskan rumahtangga akan automatik terpikul di bahu.

Namun bukan ini sahaja yang harus dijaga sebaik melangkah ke alam perkahwinan, perlakuan diri sesuai dengan status juga harus diperhatikan. Sememangnya jika anda seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Tapi sekiranya anda seorang suami, jangan memandang ringan soal perlakuan. Biarpun anda adalah lelaki, bukan bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling peting, jangan sesekali berbohong akan status anda!

Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai iseri bebas keluar bersama dengan rakan lelaki di malam hari?

Kali ini
Laman-Seri akan memperkatakan tentang batas pergaulan tentunya dengan teman berlainan jantina, khusus buat pada isteri agar anda dilihat sebagai wanita yang bermaruah dan perasaan suami terpelihara.

Hati suami perlu dijaga


Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. Maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu, ia tetap ada hadnya, apatah lagi jika wanita yang sudah berumahtangga.

Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan rakan itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda. Berikut adalah antara batas-batas yang harus anda jaga bila bersama rakan lelaki.

Butiran selanjutnya ..


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com/
http://little-kiosk.blogspot.com/
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

Rabu, 23 Februari 2011

Usah negatif terhadap ibu mertua

Photobucket





Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kita sering membaca kisah hubungan tidak 'ngam' antara menantu perempuan dan ibu mertua dan amat jarang sekali hubungan menantu lelaki dan ibu mertua diketengahkan. Kali ini Laman-Seri akan membicarakan tentang hubungan yang jarang-jarang dibincangkan.



Dalam kehidupan berumahtangga menjaga hubungan dengan mertua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mertua seperti ibu bapa kandung. Bagi sesetengah orang, mertua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumahtangga. Bagaimanapun, tidak semua berfikiran sedemikian kerana ada mertua menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumahtangga.



Apabila bakal menantu tidak mampu menjalin hubungan yang akrab sebelum berkahwin dengan bakal mertua, keadaan ini menyebabkan hubungan dingin antara mereka berterusan. Hakikat yang perlu diterima seseorang sebaik sahaja selesai diijabkabul, tanggungjawab dan peranan semakin bertambah dan bukannya berkurangan. Jika dahulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami atau isteri yang sah. Pasangan sebenarnya bukan hanya berkahwin dengan lelaki atau wanita yang dicintai, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.



Sebagai menantu lelaki dalam keluarga perempuan, anda barangkali sukar berkomunikasi sebaiknya dengan keluarga mertua. Menyesuaikan diri dengan mertua bukan fenomena baru dalam masyarakat kita. Sebagai menantu lelaki, anda mungkin malu atau tidak tahu cara untuk memulakan sesuatu komunikasi. Isteri boleh membantu melalui pelbagai perkara.



Tips berikut juga mungkin boleh digunakan untuk menjadikan hubungan dengan keluarga isteri lebih rapat:



1. Kungungi ibu mertua



Sering mengunjungi ibu mertua (jika tidak tinggal serumah) atau sering memerhatikan ibu mertua (jika tinggal serumah). Ini boleh dilakukan bersama isteri atau tidak dan sekali gus mampu mengeratkan hubungan sekeluarga...



2. Mengalah bukan erti kalah



Mengalah dalam sesuatu perkara kerana ibu mertua umumnya sudah berusia lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logik. Ibu mertua akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk “menaunginya” dan kelihatan anda mahu “berkongsi kasih” dengannya selain anak perempuannya.



3. Eratkan silaturrahim



Kembangkan hubungan dengan mertua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang mengenai hal yang diminatinya, sering mengunjunginya, mengajaknya berjalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung sendiri. Hal ini dapat membuatkan ibu mertua berasa anda memang memerhatikannya sebagai individu yang dihargai dan diperlukan.



4. Melakukan aktiviti bersama



Babitkan mertua perempuan dalam setiap aktiviti yang dilakukan jika perlu. Misalnya, minta tolong menemani anda dan anak berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.



5. Lebihkan perhatian



Fokuskan perhatian anda terhadap hal yang baik dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya, anda tahu dia adalah tukang masak yang hebat. Dari sudut positif, anda dapat belajar masak walaupun anda menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan lazat ketika isteri berpantang selepas bersalin. Secara tidak langsung, anda meringankan beban ibu mertua yang terpaksa menjaga isteri yang sedang berpantang.



6. Elakkan kritikan



Jangan mengkritik ibu mertua di depan isteri. Walau bagaimana sekalipun perangai ibu mertua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bila. Kata-kata negatif mengenai ibu kandungnya hanya akan membuat isteri semakin menjauh daripada anda.



7. Iktiraf kewujudannya



Sedarilah walaupun ibu mertua bukan sahabat tetapi cubalah selami bahawa kehadiran anda dalam kehidupan isteri sudah ‘memisahkan’ dia dengan anak yang dicintainya.



8. Banyakkan bersabar dan berdoa



Jangan anggap ibu mertua tidak suka kepada anda. Kaji diri sendiri kerana mungkin selama ini ada sikap anda memang membuatkan ibu mertua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian diri. Jika anda bersabar, selalu memberi perhatian dan bersikap positif terhadap ibu mertua, lama-kelamaan ibu mertua juga lembut hatinya. Jika perilaku negatif dibalas negatif, hasilnya sering tidak menggembirakan. Kebanyakan lelaki mungkin tidak pandai menyesuaikan diri dengan ibu mertua lalu mereka menghindarkan diri daripada ibu mertua yang dianggap merumitkan suasana.



9. Ambil hati



Istilah “mengambil hati mertua” itu ternyata ada benarnya. Fikirkan suatu hari nanti, isteri anda akan menjadi seorang ibu mertua apabila anda menerima menantu lelaki. Hidup semakin mudah jika sejak awal, anda sudah menetapkan batasan tegas antara isteri dan ibu kandungnya. Misalnya, tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua. Jika kelakuan ibu mertua sudah melebihi batasan misalnya sudah mencampuri urusan rumahtangga, sudah sampai masa untuk meminta isteri anda menegur ibu kandungnya.



Teguran haruslah dengan kata-kata bersesuaian. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si ibu mertua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Jika anda yang menyatakannya pada ibu mertua, mungkin hubungan anda dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat dilupakan.



10. Jangan lokek atau berkira



Rajin-rajinlah mengambil hatinya, mungkin dengan membelikan hadiah atau buah tangan setiap kali anda bertugas di luar daerah. Misalnya, belikan sepasang kain seperti mana anda belikan untuk isteri. Lihatlah reaksi di wajahnya.



Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda mengeratkan lagi hubungan dengan ibu mertua anda.



Tips dipetik dari sumber: HMetro 2009/01/15


-BawangGoreng-



--------------------------------------------------------------




Dibawah AQAD-NIKAH, kita/suami sebenarnya dilantik jadi MENANTU/ahli-nikah disebab nikah dengan AHLI-NASAB didalam KELUARGA MERTUA. Ramai MENANTU LELAKI bertindak sendiri tanpa HUKUM sebenar. BAPA-MERTUA kekal jadi KETUA KELUARGA selagi beliau digelar AYAH dan seumpamanya olih ANAK-MENANTU. Manakala semua ANAK dari BAPA MERTUA berkuasa keatas MENANTU sepertimana ANAK lain.



MENANTU LELAKI hanya KETUA RUMAHTANGGA didalam KELUARGA MERTUA. SUAMI juga berfungsi sebagai PEMIMPIN ISTERI, tidak boleh memimpin MERTUA dan semua IPAR. MENANTU juga perlu menyedia NAFKAH pada MERTUA.


-hamden-


--------------------------------------------------------------




Mcmana plak klu sy dlu sy mmg lyn mentua sy mcm mak sy sndri..if hsband dpt bonus pon sy slalu ingatkn husband suruh husband blikan ape2 utk mentua cz hsband sy if xsuruh n x ingat kn die jrg bli cz besa la setgh lelaki kdg2 xpndai nk bli if bli sndri..so die akn blikn bler sy ckp nk bli utk mentua..mmg sblm ni kami slalu blk n sy dgn mentua pon mmg rpt..



tp bler pregnant bby 1st+cucu sulong+cucu p'puan..mentua sy suma ANK LELAKI..ms pregnant die slalu cl seminngu skali tnye mcmane bby ok x dlm perut..punya la die excited nk ank p'puan..so husband sy mintak sy pantang umah mentua cz nk bg chance kat mentua cz xpnah ada ank p'puan+bg chance cz cucu sulong..mak sy plak xkisah cz cucu dh rmai 10org..sy mula2 mcm xnk tp cz utk hsbnd sy bkorban gak..lgpon if pntang dgn mak sy kat kl..mak skang duduk dgn kakak kat kl..if kg trengganu jauh lak..



mula2 pantang die lyn y ok..tp die mcm xbg sy nk pegang bby sy..ms tu sy operate..sy pegang jew..nk bg breastfeed(bf)..bby nangis die amek suruh buat susu formula cz die ckp bby nangis..bby besa la mula2 kcik lg br lahir..msti nangis br blaja nk nyusu+bler bby bf bby xpuas die nangis laa..if sy nk amek ank sy pon ..die ckp jgn slalu amek nnti lme2 bby slalu nk suruh pegang n amek..tiap kali sy nk amek msti die ckp mcmtu..sy msti la nk pegang jugak ank sy..tp klu die amek xpe plak..huhu..mlm2 pon if bby nangis ..sy la yg bangun bancuh susu..pdhal mstu sy lps operate..nk bangun pon susah..apetah mlm2 nk bangun perut perit cz tegang..mentua sy juz pegang n riba bby bler bby nangis..ptut nye sy la yg pegang n die tlg pergi bancuh susu cz sy xleh nk jln ag..nk bangun pon susah..sy ngadu pd suami..suami phm n mtak maaf pd sy sbb suruh antang umah mentua..suami xsmpai ht nk ckp kat mentua cztakut mentua kcik ht cz suami ank sulong..t ssh lak if mentua kcik ht dgn hsbnd..t ape kt adk2 hsbnd plak..x elok plak cz hsbnd role model utk adk2...sy phm n sy sbr..



lg stu ms nk mndikn bby..sy da ckp..bler bby jg biar main2 bby dlu br mndi br bby x nangis..mentua sy lak..bby jg jew trus nk mndikn..kdg2 bby tdo lg die kejut nk mandikn..dhla bby sy ms pantang slalu nangis mlm2 kol2..3 pg br tdo..kena plak kejut mndi pk2 kol8..ape x nyer..nagis la bby hr2..sy ni mak die lg la skt nyer ht..dh la bby nangis mlm2 sy tatau lak cz punya susu formula anmum xsesuai dgn bby sy..dh blk kl..mak sy tgk..mak sy suruh tkr susu br bby ok..trus xnangis da mlm2..huhu..



bler sy hbs pantang..hr ke 45..die sound hsband suruh sy mandik bby pdhal sy xleh nk tunduk n duduk betul2 cz skt dlm perut cz slh mentua jugak..ms bidan urut..mak sy dh pesan jgn bg bidan urut kat perut cz operate..tp die xckp pe kat bidan mcm tatau pe..mcm xbrani nk ckp..sy ckp kat bidan..tp bidan ckp xpe leh urut..mak mentua lak xckp pe xtegur bidan..sy la mangsa..smpai hbs pantang sy skt dlm perut..nk duduk ats lantai xboleh..kena duduk ats kerusi..duduk lme2 trase skt..kena baring..huhu..bila die suruh mandikan bby die ckp marah2..husband sy ckp xpe die leh mndikn bby..n sy tlg siram air hsband pegang bby..hsband xksh tp mentua sy plak kecoh2..sjak dr hrtu sy dgn mentua dh xserapat dulu..nk blk umh mentua pon dh mls..slalu ngelat..klu dlu slalu gak ct2 blk c zpk hsbnd tu ank lelaki tnaggungjwb bsr..skang lbh baik jrg blk dr slalu blk..


-izzie-


--------------------------------------------------------------



Salam



boleh tak apabila beri pendapat di SIM, tulis dengan ejaan yang penuh dan lengkap, bukan dengan ejaan yang dipendekkan.... payah saya nak baca. Buat saya naik malas nak baca. Dan kalau tulis dalam bahasa Melayu, cuba jangan campur adukkan dengan bahasa Inggeris. Rosak bahasa Melayu.


-zainah-



--------------------------------------------------------------



saya setuju seratus peratus.


Pada pandangan saya, orang yang memendekkan tulisan seperti SMS ( Short Messaging System) ini adalah orang yang takut pada bayang-bayang sendiri. Daripada kita nak rasa simpati jadi naik meluat. Tak berani berterus terang. Takut-takut jika dipersalahkan nanti, dia akan jawab, "bukan itu maksud saya".Jangan marah aa.


-panceDelima-





IZZIE YUSOF..


Apa yg boleh kita kongsi adalah pengalaman yg sama. Kdg2 dh habis baik layan mertua tp dia plak slalu tarik muka. Sebagai orang muda & baru nak memulakan kehidupan sebagai seorg isteri,menantu dan mama kepada anak yang baru lahir mertua x pernah bagi sokongan. Betul kata seorang ustazah, "tidak semestinya seorang mak@mertua tidak melakukan kesilapan dan perlu meminta maaf."


Bagi yang mempunyai mertua yang amat memahami bersyukur la kerana tidak semua akan mendapat kebahagiaan ini.


Apa yang saya hanya mampu lakukan hari ini adalah seperti saudari IZZIE..jarang2 tunjuk muka tp tidak bermakna kita ketepikan mertua. Cuma kalau orang dh x suka buatpa kita nk expose muka. Kadang2 mengalir air mata dengan cara dan tindakan mertua lagi pulak suami terlalu mengikut kehendak mertua sampai lupa soal tanggungjawab.


Cuma anak yang masih kecil tempat saya meluahkan perasaan walaupun dia langsung tidak memahami situasi sebenar. Sedih bila mertua x pernah anggap yang kami berdua wujud. Dia cuma pentingkan diri sndri saja. Semoga Tuhan bukakan hatinya supaya boleh menerima keadaan yang sudah berubah. Anak dia bukan milik dia seorang sahaja.


Masih ada yang memerlukan ksaih sayang seorang suami kasih sayang seorang ayah.


Saya dah letih tapi hidup perlu diteruskan.


-enna-



--------------------------------------------------------------


Saya pun tak faham nape mentaliti sesetengah org kata bila pompuan kawin dia kena berkawin ngan keluarga suami tu automatically..ada ke mazhab yang kata mcm tu..pompuan je yang kena amik hati mertua especially mak mertua..nak nak dapat mak mertua yang bergantung kepada anaknya...haru beb..bukan ke bila seseorang tu berkahwin dia kena membina keluarga sendiri apa kena mengena pulak ngan mak bapak adik beradik atau sedara mara yang ada..nak nak lagi dapat mak mertua yang serba serbi pandai kononnya..anak ramai tapi seorang tu tak menjadi..but yet nak tunjuk bagus depan menantu...eiiii rimas nya dapat mertua mcm tu but believe me i cant stand her anymore...so what i did..i ignore her


-puteriRahman-


--------------------------------------------------------------



wahai anak2 di SIM, especially ladies. try bacakan fatihah awal pagi dan malam untuk mertua kita, tapi jgn lupa bacakan untuk ibubapa kita and see the result. think +ve then we get +ve result. just an opinion.


-suraya-





Siapakah yang lantik lelaki itu jadi MENANTU didalam KELUARGA MERTUA. Apakah pehak yang melantik itu berkuasa didalam keluarga atau orang yang kena lantik itu lebih berkuasa.


-hamden-


--------------------------------------------------------------




Kenapa lah negative terhadap mertua? saya juga ada mertua masa muda tapi alhamdullilah x ada masalah sikit2 tu ada lah. Itu kan adat mcm mak kita juga lah kdg2 ada berselisih faham tapi ok semula begitu juga mertua...sama aje...mereka ni kan seperti ibu bapa kandung kita juga...sayangkan mereka dan hormati mereka...



Dan sekarang saya sudah jadi ibu mertua kepada 2 menantu saya, saya meyayangi mereka seperti anak2 saya sendiri. Jika mereka silap saya tegur dengan baik. Saya mahu mereka hidup bahagia dengan anak2 saya, dan kita harus ingat mereka juga lah yg menjaga dan mendidik cucu2 kita.



Sebagai mertua dan juga menantu mesti berpegang pada ugama, hidup saling kasih mengasihi, sayang meyayangi dan hormat menghormati inyallah semua berjalan dengan lancar...jadi tak ada istiliah menantu tidak syg pada mertua, mertua tak syg pada menantu...



Yg sebenarnya bila berkawin kita kena sesuaikan diri dengan keluarga pasangan kita dan saling hormat menghormati serta syg meyayangi...Kita sebagai manusia memang ada kelemahan. Jika kita dapati mertua kita tak seperti ibu bapa kita terima lah mereka seadanya begitu juga dengan mertua terima lah menantu seadanya...bak kata org putih "close one eye" kalau kita tak suka dengan perangai mereka dan fikirkan serta bayangkan kebaikan mereka, sekurang2nya anak kita hidup bahagia dengan menantu kita...dan sebagai menantu fikirkan lah mertua dah besar serta didik pasangan kita hingga kita boleh jatuh cinta pada anak mereka dan hidup bahagia....



Pandai2 lah kita mencorakkan diri kita di depan mertua atau juga menantu...dua2 mainkan peranan...


-sharifahHamidah-


--------------------------------------------------------------



Dah 15 tahun saya kawen, doa berkoyan2 tapi memang sejak saya atas pelamin mak mertua cakap dia tak suka saya kawen dengan anak dia...dia plan nak kasi anak dia kawen dengan orang dekat...entah dekat sebelah rumah ke, entah dekat tu maknanya sedara-mara dia jugak......pastu dia sebut lagi malam tu (belum lagi tidur kat rumah mertua masa tu tau) kalau dia tak suka jangan haraplah dia akan suka, dengan anak2 dan keturunan sekali dia tak suka...sampai sekarang pun memang macam itulah perlakuan yang ditunjukkan pada kami anak-beranak...apa2pun...ADA AKU KESAH? he he...yang penting suami sayang..kah kah kah.


-Onie-





as salam..


biasanya saya nih jadi silent reader je, tp terpanggil pasal isu nih..



mengapa perlu negatif terhadap ibu mertua?? saya dah tinggal bersama ibu mertua sejak mula2 kahwin lagi sehingga sekarang, dah 8 tahun dah..anak dah 3, bagi saya tidak ada masalah pun dengan ibu mertua nih..apatah lagi sya hanyalah suri rumah, mmg la byk masa dgn mak mertua..kadang2 kitaorang masak sama2, bersembang, rasanya lebih rapat dr mak sendiri plak, kalu kita kesempitan wang, x segan pun nak pinjam dr dia..tp alhamdulilah sampai skrang x pernah lg berlaku sebarang perbalahan besar/bermasam mula dsg..mintak dijauhkan..



kalu ikut hati memang la nak tinggal kat rumah sendiri, ada privacy skit..tp takkan la nak ditinggalkan mak mertua kita sorang2 kat umah sedangkan semua adik beradik suami tinggal jauh dr kg..dan mmg suami sya x pernah tinggal kg or jauh dr maknya..nak kata anak mak tak jugak..kakak, abg ipar sya sesungguhnya berterima kasi kpd sya kerana tinggal bersama emaknya, sekurang2 ada org yg menjaga/menemani emak diorang..mmg la ada ketikanya berlaku sedikit konflik antara sya dan mertua tp kita sebagai menantu/anak mestilah beralah dengan yg lebih tua..ada jugak la sekali sekala terasa hati dgn mak mertua, tp sya abaikan je..



ok la.. tu je kot yg nak ditulis..terima kasih..


-Mariani


--------------------------------------------------------------


salam..



saya setuju dengan puan ainna. Saya pulak mertua tggl dgn saya. Memang kadang2 terasa hati. Mak mertua terlalu ambil berat (cerewet) tentang penjagaan anak. Kadang2 apa yng kita wat untuk anak kita semua tak betul, tapi saya iyer kan ajer. klu kita nak ikut, kita ikut.. Klu tak nak ikut diam kan ajer. Sabar yang penting. Jangan fikir yang buruk mertua aje, fikir sekali baiknya... Kita ada kelebihan duduk dengan mak mertua. Macam yang puan ainna kata, bila kita kesempitan wang, kita dah ada tempat untuk meminjam. Lagi satu, jgn lah kita menjauhkan diri dari mertua. Jangan la bagi suami kita berasa serba salah, antara mak dan isteri. Ingatlah, anak lelaki, selagi mak dia hidup, walaupun dia ada isteri cantik dan anak sekali pun, tanggungjawab utama dia tetap pada mak dia. Ingat syurga suami kita di bawah tapak kaki mak dia. Biar la kita beralah pada orang tua. Selagi dia ada, sedaya upaya jaga la hatinya dan berkhidmat la untuknya. Sanggupkah kita melihat suami kita susah hati? Tidakkan..



waallahualam.. PuteriJue


--------------------------------------------------------------




Salam semua.



Lama rasanya tidak mencurah dan berkongsi cerita bersama rakan SIM.



Ibu mertua umpama ibu sendiri. Saya tak dapat nak bercerita banyak kerana hanya sempat bersama ibu mertua kurang lebih 1 tahun sahaja. Bagi yang masih ada ibu mertua tu, hargailah masa yang ada.



Berikut satu kisah perihal menantu perempuan dan ibu mertuanya.



Seorang gadis bernama Li-li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertuanya. Sejak dari mula lagi, Li-li menyedari bahwa dia tidak bersefahaman dengan ibu mertuanya dalam segala hal. Keperibadian dan sikap mereka berbeda, dan Li-li sangat tidak menyukai akan sikap ibu mertuanya. Begitu juga ibu mertuanya, setiap hari berleter dan mengkritik apa saja yang dibuat oleh Li-li. Ada saja yang tidak kena di antara mereka berdua. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-li dan ibu mertuanya tidak pernah berhenti bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, karena menurut tradisi bangsa Cina, Li-li harus taat kepada setiap permintaan sang mertua.



Semua keributan dan pertengkaran di rumah itu mengakibatkan suami dan anak yang miskin itu menghadapi tekanan yang serius. Akhirnya, Li-li tidak tahan lagi dengan tingkah laku ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.



Li-li pergi menemui teman baik ayahnya, Pak Cik Huang, yang menjual jamu. Li-li menceritakan apa yang dialaminya dan meminta kalau-kalau Pak Cik Huang dapat memberinya sejumlah racun supaya semua kesulitannya selesai. Pak Cik Huang berpikir sejenak dan tersenyum.



"Pak Cik akan menolong, tapi kamu harus mengikuti arahan dan melakukan semua yang Pak Cik minta" kata Pak Cik Huang.



"Baiklah, saya sanggup melakukan apa saja yang Pak Cik suruh asalkan saya dapat memusnahkan perempuan tua itu." kata Li-li



Pak Cik Huang masuk ke dalam dan kembali semula dengan beberapa paket jamu di tangannya.



"Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak balas cepat untuk menyingkirkan ibu mertuamu, karena nanti orang-orang akan curiga. Karena itu Pak Cik memberi kepada kamu sejumlah jamu yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit jamu ini. Untuk memastikan bahwa tidak ada orang yang mencurigaimu pada waktu ibu mertuamu meninggal nanti, kamu harus berhati-hati dan berbuat baiklah kepadanya. Jangan berdebat dengannya, taatilah dia, dan perlakukan dia seperti seorang ratu."



Li-li sangat senang hati. Dia kembali ke rumah dan memulakan rancangan untuk membunuh ibu mertuanya.



Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-li melayani ibu mertua dengan masakan yang dimasak secara khusus. Li-Li tetap mengingati tentang pesanan Pak Cik Huang supaya menghindari kecurigaan orang jadi dia berusaha untuk berlaku baik terhadap ibu mertuanya. Dia melayani ibu mertua itu seperti ibunya sendiri.



Sikap ibu mertua terhadap Li-li juga telah berubah, dan dia mula menyayangi Li-li seperti anaknya sendiri. Dia dengan sukacita memberitahu teman-teman dan kenalannya bahwa Li-li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-li dan ibu mertuanya menjadi semakin rapat dan akrab. Suami Li-li sangat senang melihat situasi itu.



Pada suatu hari, Li-li pergi menemui Pak Cik Huang dan meminta pertolongan untuk kali kedua.



"Pak Cik Huang, tolonglah saya untuk menawar racun yang telah meresap masuk ke dalam tubuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti saya mengasihi ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati karena racun yang saya berikan."



"Li-li, kamu tidak perlu bimbang. Pak Cik tidak pernah memberi racun kepada kamu. Jamu yang Pak Cik berikan dulu itu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatan ibu mertua kamu itu. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tetapi semua itu sudah lenyap disebabkan kasih sayang yang kamu berikan kepadanya."



Dipetik dari http://meniti-hari.blogspot.com/2009/08/kisah-menantu-dan-mertua.html



Dalam situasi mertua dan menantu perempuan, peranan suami itu penting. Si ibu sebenarnya ingin menyanyangi menantu, tetapi beliau tidak atau belum nampak di mana sayang itu berada. Maka, tugas suamilah mendidik si isteri kerana hanya si suami yang faham kehendak si ibu.



Sedikit petua;


Jika ingin memikat bakal isteri, maka 'takluki' bapanya terlebih dahulu.


Jika ingin memikat bakal suami, maka 'takluki' ibunya terlebih dahulu.



Apa yang baik, jadikan teladan. Yang kurang baik, jadikan sempadan. Harap info di atas dapat dimanfaat bersama.



Shukri


B.Pahat





Selepas AQAD-NIKAH, kita/suami sebenarnya dilantik jadi MENANTU(ahli-nikah disebabkan nikah dengan AHLI-NASAB didalam KELUARGA MERTUA. Ramai MENANTU LELAKI bertindak sendiri iaitu istihar diri sendiri jadi KETUA KELUARGA tanpa HUKUM sebenar. Sebenarnya BAPA-MERTUA kekal jadi KETUA KELUARGA selagi beliau digelar/bergelar AYAH dan seumpamanya olih ANAK-MENANTU. Manakala semua ANAK dari BAPA MERTUA berkuasa melalui muafakat keatas MENANTU sepertimana ANAK lain.



MENANTU LELAKI hanya KETUA RUMAHTANGGA didalam KELUARGA MERTUA. Ini jadi hakikat. SUAMI juga terus berfungsi sebagai PEMIMPIN ISTERI, tidak boleh memimpin MERTUA dan semua IPAR. MENANTU juga perlu menyedia NAFKAH pada MERTUA



MENANTU-LELAKI tidak wajar protes MERTUA ketika beliau menegor/melarang.


-hamden-



___________________________________________________________



salam,



Saya tak berapa setuju dengan pendapat cik puteri...Sebabnya,bila kita berkahwin dengan seorang lelaki,memang tanggungjawab kita jaga mak mertua sebab kita kahwin ngan anak lelaki dia..Ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki tak kira la dia da kawin atau pun belum,lain la kalau lelaki yang kahwin ngan pompuan tanggungjawab pompuan pada keluarga dia da lepas..Sebab tu syurga isteri terletak pada suami dan syurga suami pada seorang ibu,tak kisah la mcm mana sekali pun kerenah ibu dia...Kita kena letak ibu mertua sama level ngan ibu kita..Sampai mati pun dia tetap jadi mak kita walaupun kalau kita bercerai ngan anak dia...



Dulu pun saya ada mak mertua yang agak mencabar minda,cerewet dalam segala hal...Tapi saya tak pernah ambil ati,tipu la kalau saya cakap sikit pun tak ada kecil hati,fikir positif je la,mungkin mak mertua saya tak tau dan tak sadar apa yang dia cakap..Redha je la...Alhamdullilah mak mertua saya sekarang baik dan boleh dibawa berbincang,saya sayang dia :)



Untuk cik izzie atau sesapa je la yang mempunyai mak mertua yang menguji minda diharap bersabar la ye..Fikir la secara positif,mungkin dia tak paham keadaan awak..



Saya ada sedikit tips..Perlukan kesabaran yang tinggi...Tiap kali ada perkataan atau kata2 yang boleh buat awak sakit hati cepat2 pikir positif "MUNGKIN MAK TAK TAU KEADAAN AKU"..Tu la yang saya buat suatu ketika dulu...Niatla kerana Allah....Insyallah menjadi....Istighfar bebanyak ye...



Maaf ye kalau ada yang terasa...Saya sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan...Cik puteri marah ye :)


-umiLinda-


--------------------------------------------------------------


Salam sayang untuk semua,


Lama tak bagi komen2 kat group tapi terus membaca.Pagi ni tertarik dgn komen Puan Salina.Cantik sungguh kata2 nya dan sangat bernas sekali. Ingin saya berkongsi sedikit maklumat.Mungkin kita tak boleh merubah cara,sikap ibu,bapa dan mertua kita kerana sampai bila2 pun kita tetap seorang anak.Kenapa tidak kita saja yang mesti mengubah dan berusaha untuk menerima keadaan yang tidak boleh di ubah.Mungkin Allah memberikan kepada kita situasi seperti itu untuk kita menjadi lebih baik dari sebelum nya.Menjadi lebih sabar dan apabila kita pulak menjadi seperti mereka,mudah2 kita pula tidak berbuat seperti apa yang mereka lakukan.Insyaallah.Untuk menjadi baik memang banyak dugaan nya..walau apa pun buat sahabat2 yg sedang menghadapi masaalah saya doakan tahun hadapan fikirkan strategi baru..terima apa adanya dan banyakan sabar,berdoa dan senyum selalu// SEMOGA BERJAYA


-qstravel-





salam,


bila baca komen pn puteri sy terpanggil utk beri komen.... sy bersetuju ngan kata kata pn umi.


pd pn puteri,pn fikir la klu nanti menantu pn ignore pn sbg mak mentua dia cemane....peace



-Fariza-





kesimpulannya, jika kita berbuat baik pd org lain, maka pastinya balasan baik yg kita akan dpt balik, sama ada melaluinya atau melalui org lain. lebih2 lagi mmbuat kebaikan trhdp mak mentua sendiri. (tips utk disayangi, dihormati suami..apb kita brjy melayan emaknya dgn baik).



kebaikan yg diberikan, insy..menantu kita nanti akan juga melayan kita sbg mentuanya dgn baik. apa yg kita buat hari ini, seumpama pokok yg ditanam, jika nak pokok yg ditanam itu diharap brbuah dgn baik, brbunga cantik, rendang merimbun mnjd tmpt brteduh dr panas & sbgnya, tentunya pokok itu dijaga, dibaja dgn baik. hasilnya akan dikutip pd masa akan dtg..



sy prcy & yakin dgn janji Allah & rasul, mnzalimi manusia lbh2 lg mentua, dosa itu dibayar cash sblm nyawa tercerai dr bdn..kita tetap akan terima blsnnya. hari ini kita abai, kita lukai, kita ignore mentua, insy satu ari nnti menantu kita akan buat prkara yg sama..



biarlah sikap, perangai, fiilnya yg kita rasa x ngam...Allah melihat kebaikan, keburukan yg kita buat..brbuat baik kpd sesiapa shj xpecially mentua, rezeki pun murah...x prcaya? sy dah menikmatinya....hehe. skdr brkongsi,



salam hormat & sayang, dr warga senior...



-norlawa-


--------------------------------------------------------------




Assalamualaikum semua,



Sekadar ingin berkongsi pengalaman sendiri bersama ibu mertua.



Ibu mertua saya orangnya memang teramatlah cerewet . Awal perkahwinan, saya kategori isteri tak pandai masak


tapi suami saya memang orang yang pandai memasak. Dulu saya tinggal dekat jugalah dgn rumah ibu mertua jadi selalulah


dia datang rumah saya atau saya balik rumah dia. Mula-mula masa kita masih muda, darah panaslah orang kata, apa saja


dia cakap selalunya tak boleh terima. Ibu mertua saya orangnya rajin, jadi rumah saya pun dia kemas sampai


bersih tapi orang muda, semuanya salah, semua tak betul, asyik alihkan barang saya. Saya bising kat suami aje tapi


Alhamdulillah suami saya positif orangnya. Apa yang saya komplen pasal mak dia, ada aje jawapan dia bagi saya tak


marah panjang. Cuma saya bersyukur sebab saya tidak pernah melawan sebab memang sudah dididik dari kecil oleh ibu


bapa saya tidak boleh melawan cakap orang tua. Saya marah sekalipun tapi tak pernah tinggi suara pada dia.



Bila dah bertambah dewasa, anak pun bertambah tapi saya sedari ibu mertua saya memang menyayangi saya seperti


anak dia sendiri. Dia ajar saya cara memasak sebab suami memang tak boleh tukar selera pada masakan saya yang


tak seberapa. Saya belajar ambil hati dia iaitu dgn cara tidak pernah menghalang suami dari memberi wang kepadanya


dan saya sendiri jika ada rezeki samada belikan barang atau memberi dia wang juga.



Alhamdulillah sehingga hari ini ibu mertua saya adalah yang terbaik dan saya memang menyayanginya sepenuh hati


seperti dia menyayangi saya seadanya.



Moral of the story - jangan selalu berfikiran negatif terhadap mertua, anggap mereka sebagai ibu sendiri walaupun


mereka tidak menerima kita pada awalnya tapi belajar menjadi orang yang penyabar. Jgn menghalang atau menyekat


suami dari memberi wang pada ibunya, InsyaAllah dimurahkan rezeki kita di kemudian hari. Selalu berfikiran positif


dan kalau orang tua susah nak ubah perangai mereka tapi belajar ambil hati mereka dgn ikhlas, InsyaAllah semuanya


akan berjalan lancar.


-sherie-


--------------------------------------------------------------




As salam…Ibu mertua saya baru pulang ke Rahmatullah pada 27hb December 2010 lepas..mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau


supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman…Amin


-iszuhir-



--------------------------------------------------------------


Salam cik umi..


Saya tak marah pun..sb mak metua cik umi baik kan..saya cuma nak komen sikit la..sape yang kata syurga isteri bawah tapak kaki suami..ada ke mazhab yang kata gitu...lagi satu kalau pun syurga bawah tapak kaki ibu dah pasti ke kita ke syurga...yang pasti suma akan masuk syurga kan tak kirala syurga bawah tapak kaki siapa pun kan..n lagi satu sampai mati pun mak mertua kita takkan sama level ngan mak kita sendiri kan..sedangkan ngan mak sendiri pun kdg2 kita terasa hati inikan pula mak org lain yg nak kita anggap mcm mak sendiri..kalau awal2 berkawin dulu kita selalu terasa hati ngan mak mertua biasala kan..mungkin dia tak tau keadaan kita... ni dah nak masuk 1 dekad..takkan tak faham2 lagi kot..org yang waras pun bole jadi biol dpt mak mertua mcm ni..


-puteri Rahman-



--------------------------------------------------------------



Salam.


Mak mertua dan bapak mertua adalah sama taraf mcm mak dan bapak kandung..


waimah kita dh bercerai hidup atau mati dgn pasangan..mak dan bapak mertua tidak putus hubungan dgn kita. haram pula bernikah dgn mereka.



sekali kita kawin dgn sorg lelaki tu,bermakna seluruh keluarga dia kita 'kahwin' juga. Terutama dgn mak bapak mertua wajib kita hormat.


Ada kalanya kita kena lebihkan mereka sebab nk jaga hati suami. Tak salah pun kita buat mcm tu. Kalau mak mertua kuat berleter, diam je. Jangan melawan walau pun kita betul.


Terutama dlm hal anak2 kita, Kalau dia menegur kita jangan la cepat ambik hati. Anggap itu juga teguran dr mak kita. mengalah bukan erti kita kalah. Lama-lama dorg pun ok. Mula2 mmglah dia tak biasa dgn kita, cara kita mungkin ambik masa dia nk sesuaikan diri dgn kita. Layan je dorg baik2..tipulah kalau tak terasa hati..tapi jangan tunjukkan depan dia dan anak dia nanti lagi panjang cerita.


kawin ni kena byk sabar. Suami kita wajib taat pada mak dia so kita pula wajib taat pada suami..kalau kita derhaka pada mak mertua dan ajak pulak suami berkompromi dgn kita. Apa nk jadi rumah tangga kita?? bahagiakah tanpa doa restu mak mertua kita ??


Selagi mak mertua dan suami tak suruh kita bukan bukan2 diluar norma islam.Ikutkan je.


Pelan2 kita tunjuk cara kita...insyaAllah proses hubungan kita dgn keluarga suami akan terjalin dgn baik. Lagi satu jangan campur tangan dlm hal rumah tangga ipar duai. kalau suami terasa hati ngn mak dia, kita jgn melebih2 dan mengapi2kan suami. Sebaiknya tolong dia selesaikan masalah tu baik2..apa pun dia tetap anak mak dia. Air dicincang takkan putus. Dia tak mau balik rumah mak dia, mintak izin kita bawak anak balik rumah mak dia. Bawak la buah tangan, sampaikan salam dia (walaupun dia tak kirim salam) bagi alasan munasabah supaya mak mertua tak kecik hati dgn suami kita. Kalau mak dia kecik hati kat suami pastu suami mati lak..dia jadi anak derhaka. sanggup ke kita tgk suami masuk neraka?? tak kan? so fikir2kan lah..bukan senang berumah tangga dan mengekakannya hingga ke akhir hayat. Banyak menuntut kesabaran.



Sampai masa, kita pulak jadi mak mertua kepada menantu kita. Hidup ni mcm roda.


Hari ni kita abaikan mak mertua kita, esok menantu kita pulak buat mcm tu kat kita..


-salina-



--------------------------------------------------------------



Salam semua…



Saya sokong tulisan puan norlawa dibawah ni…



Kita hidup kat dunia ni bukannya lama sgt. Jd menantu pd emak mentua pun tak lama…paling lama 20 – 30 thn aje…lps tu samada mak mentua atau kita meninggal dunia dulu…


So berbuat baiklah sementara kita ada mak mentua sebagaimana kita buat baik dgn emak kita sendiri…spt kata bidalan buat baik akan dibalas dgn baik jugak…jarang kita buat baik org balas dgn jahat kan.


Kita buat baik dgn mak mentua suami akan tambah sayang kat kita….percayalah…



Apa2 perbuatan mak mentua yg kita tak berapa ‘setuju’ tu lebih baik berdiam diri aje…jgn sesekali melawan ckp atau membalas perbuatan dia tu…itu lebih selamat…dia tak terguris hati itu lebih penting.


Bukankah kita ni memang disarankan jgn sesekali melawan ckp ibubapa walaupun dgn ayat ‘aaahhh’.


Doakan tiap2 kali lps solat kesejahteraan mak mentua sebagaimana kita doakan kesejahteraan ibubapa kita sendiri…InsyaAllah kasihsayang mak mentua akan dtg utk kita perlahan2 tanpa kita sedari.


Rezeki kita sekeluarga pun semakin murah sbb mentua pun akan mendoakan kesejahteraan kita dan suami serta anak…



Saya sekadar berkongsi pengalaman


-hasna-



--------------------------------------------------------------



Asyik ibu mertua je,bapak mertua xde ke konmplem


-ismail-



--------------------------------------------------------------


Assalamualaikum warahmatullah



bukan MERTUA tapi MENTUA....



kalau kat perlis mertua ni jenis keluarga pokok..



mertua lempun (zingiber spectabile Griff) dan derhaka (mertua peliosanthes teta andrews)



-joko-




--------------------------------------------------------------



saya bakal berkahwin...dan ini adalah info yang berguna buat saya...:)


-sayangsue-





Dalam perbincangan ini, MERTUA lebih bermaksud IBU-BAPA PASANGAN KITA selepas bernikah.


-hamden-





Saya suka pada komen yg dilemparkan oleh Sherie1965. Hebat!muga anak2 Sherie beroleh berkat dan keluarga beroleh bahagia. Harta dunia ni sebenarnya sedikit dan kering....cara menyuburnya sedekahlah sikit2. Janji Allah itu pasti...yakinlah!



Sy ada pengalaman dari org yg saya kenali.....yg mana isteri dia sendiri call ibu mertua/mentua dia warning jgn minta duit dari suami dia (anak mertuanya sendiri).



Mcm2 .......


-kamil-