Jumaat, 25 Mac 2011

Ada Aku Kesah ?

-aCiK BuCuK-



Ada aku kesah jika laki aku tak makan


Ada aku kesah jika laki aku tak minum


Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor


Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya


Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya



Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku


Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang


Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian


Ada aku kesah jika laki aku nak kemana



Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku


Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku


Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku


Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi


Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku



Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....


Ketika telefon laki aku berdering di dinihari


Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa


Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya


Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang


Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku


Ketika tidurnya membelakangi aku


Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa



Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku.






-siti sarina-



wowowo.......


aku tak kesah kalau tu laki orang lain


tapi suamiku tercinta


tidurnya diranjang cintaku


makannya dibibirku


minumnya dilidahku


mandinya diribaku


pakaiannya adalah aku


yang sentiasa bersih, harum dan indah







-adaapadengansepender-



Dah tu nak suruh para suami tu buat apa ?



Tak usah ler berkira sangat. Menjadi sang suami pun bukan mudah juga.



1. Segala makan pakai isteri, kewajipan suami.



2. Duit simpanan isteri, isteri yang punya tapi seluruh income suami di kongsi utk kegunaan isteri anak2.



3. Segala pahala kebaikan isteri, isteri simpan. Segala dosa nya walau sebesar habuk, suami yang tanggung.



4. Isteri tak perlu keluar banting tulang utk bekerja, hanya option. Tetapi suami, penat lelah bekerja, stress adalah kemestian sampai la dia mati. Yang isteri nak mengadu penat sbb kerja, then penat nak urus rumahtangga pasal apa ?



5. Duit tak cukup ? Gincu tu bukan kemestian utk kelihatan cantik. Cukup la dengan pakaian yang bersih, sedikit haruman dan muka yang berseri sudah menyenangkan hati suami.



6. Ye memang isteri yang kandung anak selama 9 bulan, melahirkan dan menjaga anak2. Sebagai balasan, si suami perlu kerja utk cari duit, kemudian balik rumah buat kerja rumah sbb isteri pantang.



Isteri pabila melahirkan, dirinya kembali bersih menjadi putih. Jika matinya semasa melahirkan, adalah mati syahid.



Bukan tidak ada isteri yang geli nak cuci najis bila anak berak, ramaiiiii especially isteri bergelar pegawai tinggi atau executive. Suami juga la yang bangun tengah malam utk cuci.



Anak2 menjadi lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Ketika remaja, mereka cenderung pada ibu. Ketika dewasa juga seterusnya bila dah berkahwin, tetap ibu yang mereka cari pabila pulang ke rumah.



Keistimewaan isteri 3 x di dahulukan berbanding suami di mata anak2.



Tak berbaloi ke jadi ibu ?



7. Isteri, selepas kahwin hidupnya hanya berkhidmat untuk suami tetapi bagi suami selepas kahwin dia tetap perlu menanggung segalanya berkenaan ibunya, isterinya dan adik beradik perempuannya. Peluang untuk mereka menceburkan diri ke neraka lebih cerah






-Ridzuan-



Assalamualaikum...Tanggungjawab suami sangat besar...tanggungjawab yang paling besar ialah menjaga keluarga supaya tak masuk neraka...jadi bincanglah elok-elok,,jangan merungut dan salahkan sesiapa sebab masing-masing ada tanggungjawab....jangan mudah nak berpaling tadah bila hubungan dah tak sama macam dulu...carilah alternatif untuk bahagiakan keluarga dan jadikan rumahku syurgaku...



kalau bab basuh kain toksahlah nak mengeluh benda kecik je tuuu...guna mesin auto pun nak mengeluh...kain yg di basuh pulak rai 10 helai 2 je hak suami lapan lai lagi pakaian isteri...heheh.....kalau tak solat,tak posa,tak bayar zakat yg tu yg kena baiki sangat-sangat tu...






-Dr Fauziah Mohd Noor-



Assalamualaikum, buat pengarang sajak Ada aku kesah, maafkan saya kalau seperti menciplak karya saudara. Bukan menciplak..tetapi sekadar ingin berkongsi idea dari dimensi yang berbeza. buat semua warga SIM....fikir2kanlah.tepuk dada tanya iman



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum


Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....


Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...


Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....


Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...


Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam.


Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....


Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....


Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...


Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku


Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata.


Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....


Tiba-tiba aku menjadi peduli dan mengambil peduli


Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...


Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...


Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...


Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan


Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....


Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....


Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi


Kini .... aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku.


Tidak ada manusia yg sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yg indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat....bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki. lalu, saya


wassalam


Dr Fauziah







-rbk_2-



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...



Ha ha ha...



Geli sungguh rasa di hati


Ingatkan doktor ada kes emergency


Pesakit tenat dah nazak nak mati..



Suami terlepas pandang nak beli untuk isteri


Maklum la isterinya doktor tapi suami kerja kuli


Rupanya tak boleh suami tumpang senang isteri



Masa bercinta sukanya di hati


Tak jumpa sehari pun gelisah nak mati


Ibubapa tak restu ugut nak lari



Tak sangka dah tua ada yang meminati


Bercerailah jua walau pedih di hati


Tak sempat di dunia di syurga menanti ganti



Kes begini jarang sekali


Suami pelesit pun tak ramai isteri lari


Ramai yang cuma pendam di hati



Memang ada orang lelaki


Bukan sahaja suka berlari


Malah berlari berganti ganti



Syaitan sentiasa membisikkan di hati


Bawalah berbincang hati ke hati


Kekalkanlah perkahwinan hingga mati



Jangan marah ya...






-Dr Nur Azlin-



Dear Dr. Fauziah,




I support u 100%!




Regards,






Salam,



Best lah kata2 indah dibawah ni..saya sokong sangat bukan kerana saya seorang perempuan, tapi itu lah lumrah kehidupan, kalau seorang perempuan, wanita n iseri buat silap kemain dicerca bagai nak rak tapi beli si lelaki, bapa n suami buat silap mesti orang akan berkata adatlah tu namapun lelaki.. adilkah itu..entah lah..hanya ALLAH yang tahu..



-Marina-








Tiada ulasan: