Isnin, 7 Mac 2011

Anak rindukan Ayah



Salam... Kawan2 SIM..


Saya ingin berkongsi. pengalaman Baru2 ini sy ada menziarah seorang kawan yg kematian suaminya.kira2 sebulan lalu


Saya sangat kagum melihat kawan sy sangat tabah..kembali semula bekerja (menjual nasi lemak & kueh) walaupun masih bersedih dengan dugaan yg berlaku. Kawan saya adalah anak tunggal & yatim piatu jadi tiada tempat untuk mengadu..harapkan keluarga yg lain pun seperti tak ambil peduli.




Apa yg ingin saya kongsikan di sini..saya ke rumahnya..dan bila pintu dibuka anaknya yang berumur 5 tahun tidur di tepi pintu.. bila saya bertanya kenapa tidur tepi pintu, dia berkata 'adik tunggu ayah balik'. Sedih sangat saya dengar.




Kawan saya berkata dia redha dengan apa yang berlaku. Sekarang dia hadapi masaalah bila anak2 nya 3 orang, 7 thn,5thn dan 1thn lebih ..masih merindui ayah mereka.




Yang sulung tu..ok la sikit..tapi dah menjadi pendiam..tak berapa nak bercakap dgn org lain..di sekolah pun sama, dia seperti takut untuk ke mana2 tanpa adik2 dan ibunya. Mungkin dia takut kehilangan lagi seperti kehilangan bapanya.




Bagi yg umur 5 tahun paling bermasaalah..sampaikan tidur malam di tepi pintu..masih menunggu kepulangan ayahnya.Tiap2 hari mesti menangis bila nak tidur..katanya nak tidur dgn ayahnya... selalunya dia menangis sampai tertidur.




Yang bongsu tu..selalu demam2..dan merengek-rengek tapi alhamdullilah makin lama makin ok.




Sebagai seorang sahabat saya cuba nak meringankan kesedihan anak2nya ..tapi saya tak berapa tahu cara terbaik. Jika ada kawan2 ada cara untuk saya dapat tolong kawan saya boleh kongsikan bersama saya ..




Terima kasih



-eena-





Salam. Takziah kepada kawan saudari.



Boleh saya dapatkan alamat kawan saudari itu? Saya ingin mengirim soft toys untuk menghiburkan hati anaknya. Mungkin saudari boleh menyarankan kepada kawan untuk membawa anaknya menziarahi kubur ayah mereka pada waktu terluang atau jika ada kemampuan melakukannya. Secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej bahawa ayah mereka sudah pergi dan tidak kembali lagi.



- lily madom





sedihnya... nak nangis... teringat masa kecik dulu... samala... masa mak meninggal, akak sy br 11thn, abg 9thn, sy 8thn n adik baru bape hari masuk 1thn.... sume sampai demam lebih seminggu rindu kat mak.. kebetulan time tu kuar pulak lagu oh ibu (exist) tu... lagilah parah kitorg... apapun, doakan semoga anak2 tu dipulihkan semangat, jauhkan dari segala yang xdiingini... terangkan hal sebenar, jangan berbohong ckp ayah pergi jauh ke apa ke, budak2 ni lurus, dia cuma akan faham apa yg dia dengar je... ckp kat anak2 tu, kuatkan hati, jadi anak yg soleh n solehah, jgn lupa baca fatihah untuk ayah n doakan ayah ditempatkan di kalangan org2 beriman semoga nanti jumpa di syurga.... kitorg ni pun even da dkt 20thn mak pergi, abah still selalu igtkan kitorg jgn lupa doakan yg terbaik utk arwah mak setiap waktu... rindunya.... (T_T) dulu kitorg ni atuk sampai bawak pegi jumpa ustaz, ustaz buat air mandi, minum... sekadar ikhtiar lupakan sikit arwah ibu tersayang.... tapi di hati ni xpernah lupa sampai sekarang....



-norhaiza-





Alahai..sedihnya sy baca..budak2 blm mengerti lg apa yg terjadi..harap kawan saudari tabah..anak2 tu lama2 diaorg kan biasa..



Kehilangan org yg disayangi mmg perit..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



-ibu_mifzal-





SAlam....




Moga sahabat cik Eena tabah menghadapi dugaan Allah ini. Apa kata minta air penawar daripada ustaz utk kurangkan rasa rindu & ingatan pd arwah.



-cinta kasih-





Salam Puan Eena,



Saya tak tahu nak bagi nasihat macam mana, cuma saya pun ada pengalaman yang sama macam puan Eena. Bezanya yang meninggal tu bukan kawan tapi adik ipar sendiri iaitu suami pada adik perempuan saya yg paling rapat dgn saya.



Suaminya meninggal setelah hampir setahun terlantar dihospital. Perginya dalam usia yg bagi saya masih muda, 34 tahun. Tapi ajal tidak mengenal usia. Dia pergi bulan Mei 2010. Arwah meninggalkan adik saya serta dua anak perempuan berumur 9 & 5 tahun..Disaat dia menderita adik saya memang tak jemu menemani & menjaganya sehinggalah ke nafas yg terakhir.



Adik saya memang bersedia menghadapi dugaan besar memandangkan condition suaminya yg sudah tidak punya harapan. Anak yg sulung seakan sudah mengerti tentang dugaan hidup, cuma si adik yg agak tertekan. Si kakak mencuba sedaya upaya utk tidak menyebut tentang arwah pada adik, namun saya tahu, dia memendam rasa rindu yg amat dalam kerana bila saya tanyakan padanya tentang arwah, dia tidak menjawab cuma airmata yg mengalir. Si adik sentiasa menyebut nama ayah, setiap minggu ke pusara sambil merintih2 mengajak ayahnya keluar dari kubur dan bertanya dia nak beraya dengan siapa tahun ni (2010)? Dan kenapa ayah yg mati, bukan org lain?



Utk mengelakkan keadaan menjadi makin teruk adik saya membawa ank2nya berjumpa ustaz...dia dibekalkan air yasin dan dinasihatkan agar byk bersabar dan sibukkan diri dan jgn terlalu memikirkan tentang arwah. Yg hidup pasti mati dan pemergian arwah adalah ketentuan dari Nya, kita kena redha..ustaz tersebut juga meminta adik saya mendirikan solat sunat sebelum masuk waktu subuh selama 7 hari berturut2.



Alhamdulillah, sudah 10 bulan arwah pergi...anak2nya sudah boleh menerima pemergian beliau. namun, pusara ayahanda tercinta sentiasa menerima kunjungan dari isteri & anak2nya saban minggu. Saya berdoa agar adik dan anak2 saudara saya tabah dalam menghadapi dugaan ini. Saya akui adik saya seorg yg kuat dari segi mental dan psikologinya..saya kagum dgn kekuatan dan kesabaranya meghadapi dugaan ini.



Secebis pengalaman yg tak seberapa dari saya.



-che ku zaharah-





Aslmualaikum,




Sedih saya dengar kisah anak2 kawan saudari tu. Saya pun tak ada idea yang bagus tapi cuba2lh minta kawan saudari berjumpa dengan ustaz minta tolong buatkan air penawar sebagai penenang perasaan anak2 dia. Dan kawan saudari kena kongsikan ketabahab dan kedhaan dengan anak2 dia. Anak yg 7 dn 5 thn tu dia dah boleh faham memang bukan senang tapi kalau slalu cakap dgn dia baik2 dan beritahu tentang perkara sebenar, tentang hukum alam insyaallh dia pasti akan terima perlahan2. Kalau pusara arwah tidak jauh dari tempt tinggal selalu2lah bawa mereka ziarah dan beritahu mereka, jika mereka sayang dan rindu pada ayah mereka mesti kena sedekah al fatihah kena berdoa supaya ayah mereka tenang kat sana.. Memang ambil masa sikitlah tp bila abg2 dia dah ok skt adk dia insyaalh akan terkena aura semangat abg2 dia. Kpd kawn saudari tabah kan hati teruskan perjuangan demi anak2 kita tidak berendiri di sini. Kalau kita sedih ramai yg lebih sedih dan kalau kita rasa kita susah ramai lagi yg lagi susah dari kita...Banyakkan syukur atas ujian Nya.......



-Rahimah-





Salam….


Bab air penawar nie…rasa2 nyerr lebih afdal kalau ibu tue buat sendiri …drpd suruh org lain buat….


Dan untuk anak2 tue …kita lihat sejarah nabi s.a.w…..beliau pun yatim waktu kecik lagi…so ayah2 sedara atupun atuk2 memain kan peranan besar untuk physco anak2 tue… sedih kalau dibayangkan ...



Kat mana diaorg tinggal yerrr…



-murad-





jangan bersedih wahai anak2 yatim..


Rasul junjungan kita yg amat dimuliakan juga adalah anak yatim


sebaliknya berbanggalah sekelianmu kerana kalian mempunyai keluarga yang sssssssssssssssssssssaaaangatt besarrr..



-feeqa-





As salam,



sedihnya saya baca.....sebagai ibu ,saya tau apa perasaan sahabat Eena tu, marilah kita sama-sama mendoakan agar sahabat Eena dan anak-anak tabah menghadapi dugaan ini....



Salam….


Bab air penawar nie…rasa2 nyerr lebih afdal kalau ibu tue buat sendiri …drpd suruh org lain buat….


Dan untuk anak2 tue …kita lihat sejarah nabi s.a.w…..beliau pun yatim waktu kecik lagi…so ayah2 sedara atupun atuk2 memain kan peranan besar untuk physco anak2 tue… sedih kalau dibayangkan ...


Kat mana diaorg tinggal yerrr…/ o>



-miskiah-






Salam Puan Eena,


Sesuatu yg berlaku adalah dibawah kebesaran Allah...dia lebih mengtahui akan segala kelebihan disebalik ujian yg diberikan kepada hambaNya..



Puan Eena ,



disebalik musibah yg terjadi kepada saudara kita tersebut ialah peranan kita semua sebagai saudara Islam yg perihatin terhadap tanggungan yg ditangung olih anak anak yatim tersebut.



Menolong serta membantu anak anak yatim adalah tugas kita bersama.ra


Quran suruh kita camtu.




Peranan Puan Eena dlam mempermudahkan menghulurkan bantuan kepada mereka melalui perhubungan dengan badan badan atau jabatan yg bertanggungjawab dalam memberi bantuan kepada anak anak yatim ini yang berhak menerima zakat , pertolongan dan sebagainya.


Badan badan khairat dan kematian , baitul mal , jabatan kebajikan masyarakat , epf , socso dan sebagainya.



Kemudian kepada orang orang persaorangan yg perihatin dan suka iklas menderma .


Dalam ruangan yg serba terbatas ini , sebaik baiknya Puan Eena dapat memberi gambaran yg lebih detail ..saperti nama nama mereka .. alamat mereka , bgaimana mereka bolih dihubungi sebagai tindakan dan kebaikan mereka.


Tidak cukup menyampaikan takziah sahaja dalam keadaan hidup mereka yg tertekan dan sedang menanggung kesedihan.



Adalah tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam yg bersaudara memberi pertolongan sedikit sebanyak kepada mereka yg dalam kesulitan.



Disamping sama sama berdoa agar Allah memberi pembalasan yg lebih baik kepada saudara kita tersebut sebagai pengganti kepada ujian yg maha berat dan hebat ini.



Saya yakin dalam keadaan yg serba diselubungi mendung ini ramai yg ingin membantu.. tapi jugak dalam masa yg sama ramai jugak yg berhati hati dengan sendiket penipuan yg tidak bertanggungjawab yg menggunakan topik topik saperti ini sebagai bahan kepentingan pribadi.



Jadi keadaannya biarlah telus dan jelas .



Ramai orang yg berniat baik sebenarnya ,kerna hidup ini adalah pentas untuk memperhambakan diri kepada Allah dengan segala amalan dan kebaikan...tapi jangan lah ada yg sengaja mengambil kesempatan kepentingan peribadi keatasnya...



Jadi..bagaimana kita semua sedikit sebanyak dapat membantu dalam soal ini..?



-dol razlan-





Boleh saya tahu dia tinggal di kawasan mana? Atau kalau tak keberatan boleh bagi saya no telefon dia atau sesiapa yg terdekat dgn dia yg saya boleh contact?



Terima kasih.



ANIRA






As salam,



sedihnya saya baca.....sebagai ibu ,saya tau apa perasaan sahabat Eena tu, marilah kita sama-sama mendoakan&nb sp; agar sahabat Eena dan anak-anak tabah menghadapi dugaan ini....



Salam….


Bab air penawar nie…rasa2 nyerr lebih afdal kalau ibu tue buat sendiri …drpd suruh org lain buat….


Dan untuk anak2 tue …kita lihat sejarah nabi s.a.w…..beliau pun yatim waktu kecik lagi…so ayah2 sedara atupun atuk2 memain kan peranan besar untuk physco anak2 tue… sedih kalau dibayangkan ...



-miskiah-






Kawan2 sy cuba dulu hubungi kawan lain sy (yg bawa saya) tapi tak berhasil lagi..




Kawan saya yg suaminya meninggal tu tggl di kmpg hulu lebu bentong, pahang.




agak susah juga nak di hubungi kerana dia... bagitahu haritu..hanphone dia rosak...dan dah tak pakai lagi..




sy di perak..kawasan di bentong tu..baru pertama kali pergi malam..kebetulan balik dari kenduri. Jadi agak susah juga nak cerita tempatnya..




saya ucapkan terima kasih atas pandangan kawan2.Jika berkesempatan saya cuba bagi info jika ada kawan2 yg sudi membantu.



-Eena-





sayu hati saya membacanya...dekat mana nih.? kalau dekat ..saya nak tawarkan dtg rumah saya main2 dgn anak sy untuk hilangkan sunyi anak itu. atau baca kan kat ubub2 dia agar kerinduan itu hilang sedikit2 demi kebaikkan dia kalu tak menjadi gangguan emosi nanti...



-rinz-










Ada seorg 'alim bt tau, utk ayah2 yg selalu o/station utk hilangkan rindu anak2 pd ayah baca :


1) Baca al-fatihah 1 x


2) Baca solawat 1 x


3) Baca surah quraisy 1x


kemdian tiup pd pakaian yg selalu di pakai oleh ayah, atau biasanya kain pelikat..mlm jdkan bantal peluk anak2,,,



wallahu'alam...



-zaini-






sedihnya...tak tahu la nak bantu mcmana kat adik-adik tu...Ya Allah, tabahkan mereka..mudahkan urusan mereka. amin.



-yusof-





Keluarga yang terdekat seperti adik-beradik sebelah suami (ayah kanak2 itu)


perlu memberi perhatian penuh pada kanak2 disamping ibunya juga.



Kalau boleh, biar anak2 tersebut bersama sepupunya atau kanak2 lain yang


mereka rapat (buat sementara) sehingga mereka rasa hilang sunyi nya.



Keadaan kanak2 rindu pada bapanya mungkin memakan masa hingga 1-2 bulan,


lepas tu ianya akan reda. Buat masa ini, itu lah salah satu caranya.


-mohtaj-






Tiada ulasan: