Isnin, 21 Mac 2011

PANDANGAN: Keputusan melibatkan jodoh dan poligami

Photobucket

Salam,

(minta pihak moderator hide email saya, terima kasih)

Saya telah bertemu semula dengan ex-gf lama yang saya kenal hampir 20 tahun, dan dia telahpun menjadi janda dengan 2 orang anak.

Kami telah kenal dan 'bercinta' sejak sekolah menengah lagi dan telah merancang utk mendirikan rumahtangga (kedua belah pihak keluarga mmg merestui kami), namun suatu peristiwa telah terjadi mengakibatkan kami berpisah dan membawa haluan masing2. Tidak lama kemudian, dia menerima pinangan dari seorang lelaki yg 'nampak peluang' di saat dia sedang murung dan akhirnya mereka berkahwin (walau mendapat tentangan dari keluarganya yg hairan kenapa tidak dia kahwin dgn saya)

Kini, dia baru bercerai kerana bekas suami gagal menjalankan tanggungjawab yang penting iaitu tidak bekerja selama hampir 5 tahun dan tidak ambil berat soal solat dan didikan agama. Mujur dia seorang yg berkerjaya dan perpendapatan selesa dan itu menjadi faktor bekas suami malas bekerja (bekas suami siap beritahu ada ustaz menyatakan bahawa tidak mengapa seorang suami tidak bekerja dan menguruskan hal rumah sahaja kerana ia merupakan tanggungjawab juga).

Saya terus terang menyatakan masih ada perasaan sayang padanya, walaupun saya sendiri telah berumahtangga dan juga mempunyai 2 orang anak. Perkahwinan saya sedikit sebanyak mcm kes dia juga, menerima seseorang yang tidak dikenali dan terus kahwin, namun alhamdulillah isteri saya (bekas ustazah) seorang yang taat pada agama, tidak tinggal solat, senang dibawa berbincang dan segalanya yang menyenangkan hati.

Saya telah memberitahu niat utk mengambilnya kembali dan setelah beberapa sesi perbincangan hati ke hati, isteri akhirnya memahami dan redha dengan apa2 ketentuanNya jika dia terpaksa berkongsi saya dengan orang lain.

Saya sedar apa yg saya rancangkan bukanlah satu benda yg mudah dan ringan. Walaupun insyaallah dengan niat utk menolong dia yang kelihatan 'lost' akibat penceraian dan akibat bertahun2 hidup tanpa bimbingan agama dari suami (saya juga walaupun tidak kaya tapi pendapatan alhamdulillah ok) saya sedar ia masih satu tanggungjawab yang berat.

Dia terima 'lamaran' dari saya dan telahpun bercakap sendiri dengan isteri saya. Tetapi dia takut bila memikirkan isu2 dan halangan2 yg bakal ditempuhi terutama hal keluarga kedua pihak yang mungkin merasa tidak senang dengan situasi poligami ini, dan dalam masa sama, bekas suami pula masih memujuk rayu utk kembali dan beliau gunakan sentimen anak2 sebagai 'umpan'.

Dia telah melakukan solat sunat istikharah selama berhari2 untuk meminta petunjuk samada terima saya atau kembali ke pangkuan bekas suami. Berdasarkan mimpi yang dia dpt, keputusan memihak kepada bekas suami dan dia jadikan itu sebagai sandaran, walaupun hatinya memang pada saya dan dalam telefon dia menangis2 kerana ini.

Saya redha jika ini ketentuanNya. Namun persoalan dilema ini menghantui kami. Saya tidak kisah dia berkahwin lain dengan seorang lelaki yg lebih baik insyaallah. Tapi dia takut untuk menolak keputusan istikharah tersebut trutama memikirkan hal anak2.

Umur kami yg terlibat sekitar pertengahan 30an hingga awal 40an.

Saya amat hargai jika ada yg sudi memberi pendapat. Terima kasih saya dahului.

-dirt-

Terharu bila membaca cerita dibawah. Murninya hati isteri dia membenarkan suaminya kawin lain. Susah nak cari isteri sebegini . Suaminya seorang suami yang bertuah kerana dikurnia kan isteri yang tidak tamak .

BUat lah keputusan yang tidak perlu melukakan hati banyak orang yang penting diredhai oleh Allah s.w.t.

-mawar-

Cantik betul jalan ceritanya… kekuasaan allah mencipta perjalanan setiap watak yg saudara ceritakan..

1) Watak utama: saudara-seorang suami yg bertanggung jawab, jujur dan tidak menafikan perasaan terhadap bekas wanita seterusnya menyunting sebagai isteri.

2) Watak pembantu Utama: Seorang isteri yg soleh.. taat. Bersedia menerima payung emas menunjukkan betapa sisuami adalah orang yg dihormati..

3) Watak pembantu: Seorang wanita bekas kekasih … yg cuba teruskan hidup, masih tercari-cari tempat utk bergantung.. menerima baik lamaran dan seterusnya berani berhadapan dengan bakal isteri pertama.. dalam masa yg sama masih mempertimbangkan kesan-kesan yg akan menjadi halangan atau kesan-kesan yg akan berpanjangan sebelum membuat keputusan. Akhirnya telah membuat solat sunat istikharah, meminta agar diberi petunjuk diatas keputusan yg akan dibuat.

4) Watak tambahan: Bekas suami- Penyesalan yg tidak berkesudahan…

Pada pendapat saya… setelah solat sunat istikharah.. lebih baik dia meneruskan hubungan dengan bekas suami… Penunjuk lebih terarah kepada kehidupan serta peluang mengukuhkan kembali masjid.. nescaya ada rahmat disebalik petunjuk yg telah diberikan.. Ini juga rahmat kepada isteri saudara yang begitu patuh.. redha dengan ketetntuan tuhan.. dan perkara ini berlaku sekadar ujian kepada 4 pihak… yaiti saudara sendiri.. menguji kejujuran saudara serta rasa tanggungjawab, isteri saudara – menguji ketaatan serta kesabaran beliau menerima qada dan qadar sekiranya ditakdirkan bermadu, bekas teman wanita – menguji kekuatan dalam dirinya untuk meneruskan hidup dan membuat keputusan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk anak2.. & terakhir.. bekas suami si wanita tadi.. bilamana isteri sudah tidak bersama barulah dirasakan betapa sunyi.. sia-sia hidup tanpa gelak tawa ahli keluarga.. seterusnya menyesali perbuatan lalu…

4 watak.. yg meng’indahkan cerita saudara… indahnya perjalanan ketentuan tuhan. Tuhan tidak akan menguji kita sejauh itu sekiranya ia tahu manusia itu tidak mampu menerima/menangininya.. jadi percayalah.. ujian itu satu jalan memperkuatkan iman.. memperkayakan hati…

Antara kesemua watak… isteri anda adalah salah satu watak yg paling saya kagumi… redha dan pasrah akhirnya menjanjikan kebahagiaan… penunjuk kepada solat istikharah memberi jawapan kepada semua yg berlaku..

Memang kita tidak mampu mengelak takdir.. dengan itu cuba belajar sesuatu dari sini… wahai sang suami, beruntung ada isteri yg taat.. maka dengan itu janganlah mendekati sesuatu yg kita tahu akan adanya ujian yg maha getir kepada orang-orang yg kita sayangi.. Secara tidak sengaja ataupun disengajakan.. berkawan lah dengan mereka-mereka dengan SEKADAR bertanya khabar, KURANGKAN PELUANG membuka cerita lebih lanjut kerana ianya satu jalan yg akan memudaratkan dikemudian hari. Apabila peluang ada.. masing-masing akan mula bercerita kisah duka.. simpati akan bertukar sayang.. sayang akan bertukar kepada keputusan yg bakal menyakitkan hati banyak pihak.. maka tumpulah kepada kehidupan yg telah tersedia.. jangan membuang masa dalam erti kata sekadar bermesra sebagai rakan… jangan dicipta sesuatu kalau kita tidak mahu ianya terjadi melainkan kita yang INGINKAN keadaan itu..

-Zila-

As'salam,

Mohon maaf, berikut cadangan/komen saya:-

1. Tuan selidik semula niat utama tuan untuk mendapatkan dia semula...

2. Saya cadangkan, patuh kepada ketentuan keputusan solat istikharah tersebut, kerana pasti ada ada hikmah disebalik ketentuan sesuatu.

3. Satukan mereka dengan penuh hikmah... bantu si sang suami utk mendapatkan pekerjaan dsbnya... insyAllah ada bantuan untuk tuan.

4. Kalau bercadang utk mendapatkan yg baru, cuba2 selidik cerita : sebagaimana Rasululah berkahwin dgn siti Aisha antara isteri yg disayangi baginda.

5. Tuan cuba mohon petunjuk dari Allah juga....kalaulah di jodoh tuan, apa salahnya. tapi, dahului yg di atas.

Terima Kasih

-Raslan-

Salam.keputusan istikharah tak boleh dipertikai walaupun pahit.jika tak sanggup menunaikannya adalah lebih baik tidak dibuat.

-Frontdesk-

Bersyukurlah kerana anda telah dianugerahkan seorang isteri yang baik dan solehah.Walaupun dia bersedia untuk dipoligami, tetapi sebagai seorang perempuan tentu sedikit sebanyak akan terluka hatinya. Janganlah kerana hendak menolong orang lain, keluarga sendiri dipertaruhkan. Mungkin di satu sudut selesai satu masalah, tetapi di belakang hari siapa tahu akan timbul masalah yg lain pula.

Dengan itu fikirlah berkali2 sebelum mengambil keputusan. Apa kata anda yg buat solat istikharah utk mendpt pedoman dr Allah.

-LindaMala-

Pada hemat saya, jika saudara saat ini berada dalam dilemma dan menginginkan sangat agar cita2 saudara terlaksana, maaf saya katakan disini, periksa semula niat.

Jika saat ini juga, saudara bertanya kepada hati saudara dan mendapati jawapannya, ADA TAK PA DAN KALAU TA'DA PUN TAK APA - u r on the right niat (pd hemat saya)

Wallahuaalm bis sawab.

http://mymuttawiff.blogspot.com

betul kata linda mala tu..

jgn nak menolong orang lain keluarga sendiri tergadai...

mungkin rasa sayang saudara tu hanya sayang sebagai kawan lama... yang mengambil berat perihal sahabatnya.. dgn ambil berat pun dah kira menolong.. xperlula sampai nak berkahwin..

mungkin isteri bersetuju.. tp saya yakin jauh dalam hati dia mesti rasa terluka...

fikir2kan lah...jgn hnya fikir perasaan sendiri.. adakala dalam hidup ini apa yang kite paling nak n harap xkan pernah dapat.. kerana hanya ALLAH swt shj yang tahu apa yang terbaik untuk kita..

nur hayaty

Assallamualaikum Warrahmatullah hiwabarokatuh,

Saya memohon maaf pada pembaca semua, Kalau2 tulisan saya nanti menyinggung hati dan perasaan mana2 pihak. Setelah saya membaca beberapa tulisan berbentuk pandangan,pendapat,buah fikiran,nasihat ternyata kita selalu lupa adakah perbuatan itu berbentuk kebajikan atau menurut hawa Nafsu. Kita ialah manusia yg paling baik kejadian beragama ISLAM. Islam telah menetapkan peraturan dan undang2 dalam kehidupan.

Ex-gf yang di temui berIsthikharah memohon petunjuk Allah, Nyata jawapan kembali semula kepada ex husbannya... Pertemuan semula dengan ex-gf itu ialah ujian dari Allah supaya kita berfikir bagaimana nak meningkatkan IMAN dan bertambah2 taqwa kita kepadanya. Benalah keluarga yang ada supaya lebih bertaqwa, jadilah suami dan bapa mithali dalam rumah tangga. Lupakan lah peristiwa lama tak guna dikenang lagi. Yang ada itu sudah terbaik utk saudara, buat apa nak cari lain yang belum tentu baiknya.

"JANGAN TINGGALKAN ORG YG KITA SAYANG UTK ORG YG KITA SUKA, KERANA ORG YG KITA SUKA AKAN TINGGALKAN KITA UTK ORG YG DIA SAYANG.

JANGAN CUBA DAPATKAN APA YG KITA SUKA, TAPI SAYANGLAH APA YANG KITA DAPAT". Bersama2 lah kita renungkan dalam situasi berkasih sayang.

-Ish 2010-

.....mengasihani tidak semistinya memiliki...sdra tak perlu kahwin dgn nya ...Jaga lah isteri yg ada..

-Abg Rahim-

Allah ada banyak cara menguji hambanya.. cuba muhasabah semula, jangan kerana ingin mengejar cinta lama dan kasihankan kekasih lama, orang tersayang terluka.. sebagai isteri solehah, seharusnya redha apa jua keputusan suami.. tetapi sebagai suami, fikirkanlah buruk baiknya perkahwinan kedua nanti.. sya sebagai isteri, tiada halangan buat suami untuk beristeri lain, tapi.. mampukah suami berlaku adil tanpa mengguris perasaan isteri2??? untuk tidak menambah beban dosa, lebih baik hargai apa yang ada.. Bersyukurlah, saya sudah ada beberapa contoh saudara terdekat yang berkahwin dua kerana mampu, hati isteri pertama sentiasa merintih.. menangis ketidak adilan sang suami.. cukuplah melihat suami kepenatan cuba untuk berlaku adil.. kesian, apa boleh buat, kami sudah menegah sebelum berlaku.. tapi, masing2 tetap nak teruskan.. tanggung la sendiri..

-Shamfy-

salam,

hanya satu je pesanan saya, hidup kita ni sekejap je kat dunia.buatlah baik sebanyak2nya. dan setiap kebaikan yg manusia nak buat, manusia jugalah menjadi penghalangnya. kuatkan hati, niatkan kerana Allah, insya allah saudara dan isteri mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. bahagia dunia hanya sementara dan tak kekal.

wallahua'lam...

-Nonie-

Salam!

Sesuatu yang baik dan benar haruslah bermula dengan benar yang berjalan di atas kebenaran. Jika anda ikhlas mendirikan rumahtangga ke2 atas dasar tanggungjawab, tidak ada salahnya meneruskan niat itu, kerana itulah alasan sebenar poligami RasululLah. Namun bagi mengelakkan timbul sebarang masalah dengan anggota keluarga akibat dari keputusan anda tersebut, ahli keluarga terdekat, termasuk mertua dan bakal mertua perlu diambil pandangan dan pendirian mereka itu.

Jangan sama sekali menjadikan pandangan orang luar sebagai asas. Mereka kebiasaannya bercakap berdasarkan perasaan dan pengalaman sendiri yang tidak semestinya relevan dengan situasi sebenar yang kita hadapi.

Namun anda juga harus bersikap positif, iaitu tidak meletakkan emosi dan perasaan sebagai asas keputusan. Saya tidaklah bermaksud menggalakkan anda bernikah lagi, hanya sekadar menyeru anda agar menilai sendiri akan sebab dan akibat dari tindakan yang bakal anda ambil, berdasarkan kaedah Input -> Process -> Output. Sekiranya hasilnya dijangka positif, insyaAllah, Ikhlaskanlah diri. Jika tidak, jangan cuba menanggung 'biawak hidup'.

Wassalam

-AhmadWan-

Saya rasa selain ex-gf awak buat solat istikarah, awak pun

elok juga buat solat istikarah juga. Pilih perlu ke

tidak untuk poligami. Mungkin sekarang ni kata

sayang, tapi bila kahwin lain pulak citenya.

Sent from my iPhone

-Aumar-

bagi saya..... dan pendapat seposen saya adalah......

saudara seorang lelaki dan memang saudara punya ego untuk beristeri lebih dari satu.... apatah lagi setelah mendapat keizinan dan restu isteri pertama....

dan saudara telah memimpin keluarga dengan baik... punya isteri yang begitu baik dan redha atas segalanya.....

mungkin satu ujianNya ke atas saudara untuk saudara mengembangkan kepimpinan saudara dan membesarkan lagi ahli saudara....

saya rasa ini satu yang bagus...

dan bila saya rujuk kepada kes exgf saudara....

kalau saya di tempat dia... saya akan berfikir semula 1000x untuk menerima bekas suami kembali....

kerana..

seharusnya seorang yang hendak berkahwin mesti bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.. untuk menyayangi dan berkorban demi keluarga...

tapi bekas suami beliau cuma 'AMBIL KESEMPATAN' tatkala mengahwini beliau.

dan setelah berkahwin... beliau yang 100% menanggung keluarga.... BUKAN SUAMInya.

setelah bercerai... ada PENYESALAN, dan ingin kembali....

BOLEH PERCAYA KE BAHAWA DIA MENYESAL?

pada hemat saya.... lelaki itu cuma rasa kehilangan tempat bergantung dan sumber kewangan.

kadang-kadang mimpi itu mainan tidur.... bukan apa yang kita mahukan...

lebih baik sebagai sahabat, saudara minta exgf saudara tu periksa apakah tindak-tanduk bekas suami beliau seandainya dia menyesal....

dah cari kerja yang stabil? atau sekurang-kuranga ada pekerjaan...

adakah dia menyara anak-anak?

biarkan begitu untuk beberapa ketika... setahun dua....

kalau jodoh tak ke mana

pantang saya jika lelaki yang dikurniakan Allah akal yang lebih dan fizikal yang kuat tapi menempek pada wanita yang cuma ada sekelumit ...............

-siti Sarina-

As salam..

i juz wanna share my opinion here..1stly sori if my words might hurt mr "dirtr"...i agree wth shamfy ahmad n abg rahim..

sdra hv 2 think wisely b4 decide 2 remarry again..don bcoz of u wanna b protector@p'nyelamat@pelindung 2 ur ex-gf, indirectly u will hurt ur wife's feelings...she is very2 strong 4 me...but u hv 2 remember...hati isteri mane yg xt'luka jika suami yg dikasihi tell her dat "i wanna marry my ex-gf!!"...even u said ur wife redha n solehah...namun dia ttp manusia biasa...adkh sdra blh m'byr semula tangisan isteri sdra stiap mlm di saat dia keseorangan jika turn sdra di rumah isteri baru nti?(ini dr pnglmn kwn2 sy yg b'madu)...hargailah isteri yg ada skrg...people alwiz say,"we wouldn't appreciate what we have now until we lost it..." mungkin ini adlh ujian & dugaan dr Allah dlm rmhtngga sdra...ade hikmah dsbaliknya n i believe,hikmahnya adlh hbgn sdra n isteri m'jd b'tmbh erat n saling m'prbaiki kelemahan masing2...rite?hikmah lain only Allah knows...

wallahualam bissawab...

-ieyda Ben-

salam..

bukan k keputusan dalam solat istikorah tu keputusan tuhan?jd ikut jelah keputusan tu..tuhan kn maha mengetahui ap yg akan berlaku akan datang..ni pendapat saya ah..org kata berat mata memandang...berat lg bahu yg memikul..apa kata pihak lelaki plak buat istikoroh..kalu sama petunjuk..itulah keputusannya

-DPSA-

salam,

cuba baca mingguan wanita ruangan resipi hidup - oleh Suzana Razali

saya sekadar memetik kata-kata beliau dlam keluaran terbaru :-

"saya bukan melawan takdir! tapi anda mesti ingat maksud ayat 11 dalam

surah ar-Ra'du : Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib kita jika kita

tidakberusaha mengubahnya sendiri.Bererti setiap perlakuan dan

keputusan yand berlaku dalam hidup kita bergantung kepada diri kita

sendiri terutamanya sikap diri.

Allah bagi kita akal fikiran untuk memikirkan yang mana baik dan yang

mana buruk. fikirlah dulu sebelum membuat keputusan.

Wasalam

-Zeb-

Assalamualaikum,

Terima kasih saya ucapkan pada anda semua yang sudi memberikan sedikit sebanyak pandangan-pandangan yang bernas, dan saya akui ianya banyak menolong saya dalam menyelesaikan masalah dilema ini.

Baiklah, keputusan muktamad telahpun dibuat. Saya redha dengan keputusannya untuk kembali pada bekas suami dan mereka telahpun membuat urusan yang berkaitan dengan rujuk dan sebagainya.

Sesungguhnya Allah mmberikan segala sesuatu ujian itu dengan ada hikmah disebaliknya. Ujian ini sebenarnya bukan hanya untuk menyelesaikan masalah dia, tetapi melibatkan hal rumahtangga saya sendiri.

Kami suami isteri sebelum ni tak pernah berbincang dari hati ke hati sebegitu mendalam, dan bila saya mengenangkan hal suami ex-gf yang begitu begini, sedikit sebanyak ianya terpalit ke saya sendiri - ia menyedarkan saya akan kesilapan2 sendiri yg secara sedar tak sedar yang saya dah buat. Isteri saya meluahkan isi hatinya akan apa yg beliau rasakan sepanjang 8 tahun berkahwin, walaupun bahgia namun masih byk ruang utk memperbaiki dan mengindahkannya lagi. Alhamdulillah, kami jadi semakin 'romantik' pula.. sesuatu yg jarang berlaku seblum ini mungkin kerana kami terlalu 'berahsia' dan 'memendam rasa' dan kurang mengenali isi hati satu sama lain. Allah Maha Esa!

Dan sekarang, isteri dan ex-gf dah jadi sahabat dan sering berhubung sms dan call, katanya biarlah dia menjadi 'kaunselor' sementara mereka 'tercari-cari' dalam membina kehidupan semula. Saya pun beri keizinan padanya utk membantu mana yg patut, inilah masanya utk guna ilmu yg awak dah beljar dulu - saya katakan pada isteri.

Tapi apa yg isteri saya dan mereka bincangkan saya tak ambil tahu kerana biarlah saya tak campuri lagi urusan mereka.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas semua pandangan yang telah diberi. Semoga kehidupan kita diberkatiNya..

-dirt-

Waalaikummussalam..

Tahniah atas keputusan tuan.. Semoga keluarga anda dirahmati Allah..

Kirimkan salam saya kepada isteri tuan yg tabah dan sabar tu yer..

Wassalam...

-emmie-

Saya BANGGA DENGAN HASIL DARI UJIAN ALLAH.. langkah yg paling bijak adalah membenarkan isteri menjadi mentor, memanjangkan silaturrahim dan TIDAK LAGI MENCAMPURI urusan mereka, para wanita kerana ini akan mendekatkan anda dengan kemungkinan kesilapan berulang dikemudian hari.. INDAHNYA IMAN DAN TAQWA…

-Zila-

tahniah..tuan membuat keputusan yang tepat..Allah menguji kita dengan apa yg berlaku utk kita sentiasa menginsafi diri...kepada suami2 yg ingin berpoligami,muhasabah diri dulu adakah kita ini telah membahagiakan isteri dan keluarga yg ada sebelum berkongsi dengan orang kedua,,Isteri yg solehah sanggup buat apa saja yg membahagiakan suami walaupun hatinya terluka..kita renung2kan dan beramal utk kebahagian dunia akhirat...

-sso-

kaum wanita disini harus mencontohi isteri saudara kita ni kerana isterinya sikit pun tak melatah, mengamuk & menyerang bekas kekasih suaminya...ini patuh dicontohi dgn kesabarannya lihatla sendiri....suaminya tetap milik sementaranya...(suami bkn bukan milik kita 100% pun...hamba allahkan...)

syabas sy ucapkan kepada isteri saudara...

-Ayu-

allhamdulilah....setiap ujian dari ALLAH pasti ada hikmahnya..

SKin2 Widgetsemoga kehidupan saudara dan isteri akan bertanbah bahagia hingga kehujung nyawa...amin

-Acct-

Salam,

Terharu saya melihatkan pandangan2 yang bernas masih datang walaupun dilema saya ni boleh dikatakan sudah selesai. Saya tidak menjangka menerima reply yg banyak sebegini. Terima kasih sekali lagi.

Ya, isteri saya memang satu permata yg indah. Beliau bersekolah dan belajar jurusan agama dan pernah menjadi ustazah dan kaunselor di sekolah. Seorang yang simple, tidak pernah tgk wayang, tak ambil tahu dunia hiburan, byk habiskan masa di rumah melayan anak2 dan mengaji. Kalau saya ajak keluar baru dia nak keluar.

Dulu saya agak 'nakal' dan pertemuan dgn isteri pun atas satu peristiwa dimana saya diberi ujian Allah yg begitu menyedarkan - 'dah kena teruk baru ingat tuhan' bak kata orang. Dia dtg melawat di hospital dan beri nasihat. Dari situ saya trpanggil utk melamarnya, dari mula kami mula mengenali sampai kahwin tak sampai 4 bulan tempohnya. Takde dating2 pun. Keluarganya mmg background agama yg kuat. Ramai org terperanjat sebenarnya saya berkahwin dgn dia.

Tapi mmg itulah yg terbaik. Sebelum tu 'bercinta' bagai nak rak bertahun2 tapi takde apa yg dapat.. dosa je bertambah. Mmg kami seolah ambil risiko dlm perkahwinan ni, camna seorang sprti dia boleh hidup dgn seorang 'mat rock'? Alhamdulillah dia berjaya ubah diri saya, dari negatif ke positive. Dia sumber kewarasan saya.

Isteri pun suruh saya bersangka baik bahawa setiap orang boleh berubah menjadi positif dengan hidayah Allah dan usaha. Dan peristiwa yag berlaku ni semakin menambahkan rasa cinta antara kami kerana buat pertama kali kami begitu menyelami hati dan perasaan masing2, takde nak berahsia lagi. Saya rasa bersalah pada isteri kerana drag dia dlm masalah ni..

Wallahua'lam

Mohon jasa baik pihak MOD, bolehlah lock topik ni. Terima kasih sekali lagi pada semua.

-dirt-

Tiada ulasan: